Friday, 30 January 2015

syurga di bawah telapak kaki ibu

     assalamualaikum wbt.. mungkin sekarang nie kita tengah syok2 tengok tv, takpun online.. kan?? pernah tak kita tanya pada diri sendiri bahawa seorang ibu yang leka menyepi itu inginkan satu gurau senda dari salah seorang anaknya.. itulah fungsi kita.. untuk menemani ibu dikala waktu tuanya.. sekali pun jadilah... pernahkah kita terfikir untuk mengganggu sepinya dengan satu pertanyaan.."umi dah makan?" tak pun " umi, nak tak dengar satu cerita?"

     waktu kecil, ibu tak jemu suap nasi buat kita. tapi mengapa sekarang kita merasa jijik bila menyuap ibu? waktu kecil, ibu rela menukar lampin tak kira masa, tapi mengapa kita lari ketika lampin ibu penuh saat sakitnya? waktu kecil, ibu tak lekang dari memerhatikan gerak geri kita, tapi mengapa kita tak pernah nak ambil tahu bila atau kat mana ibu berada? waktu kecil, ibu tak pernah merungut bila buat sesuatu untuk kita, tapi mengapa kita merungut bila ibu minta sesuatu dari kita? waktu kecil, ibu tak pernah rasa letih menjaga kita waktu kita demam, tapi mengapa kita biarkan ibu menghadapi demamnya sendirian?

     mengapa? mengapa? mengapa? pernahkah terlintas di benak fikiran kita yang sibuk memikirka hal dunia.. bila ibu nak ambil tahu apa, bila, ke mana, mengapa, dengan siapa kita bergaul, kita selalu memarahi ibu seakan-akan ibu itu masuk campur atas segala yang kita lakukan.. " ibu nie! menyibuk jelah!" selalunya, itulah trademark kita.. "orang dah besar lah mak, takyah nak jadi penyibuk bleh tak?!" tanpa kita fikir ayat yang kita rasa matang itu telah mengguris hati ibu sedalam-dalamnya..

     ibu pernah pesan.. "belajarlah sungguh-sungguh.. bila besar nanti, ibu sakit, ada jugak yang tengok-tengokkan ibu, rawat ibu, jaga makan minum ibu.. bila ibu nak siar-siar, ada jugak yang tolong tolakkan kerusi roda ibu.. depan pintu rumah pun jadilah.. bila ibu rasa nak makan, ada jugak yang masakkan ibu makanan yang sedap-sedap..bila ibu haus, ada jugak yang tolong buatkan air untuk ibu" dan yang paling ,menyayat hati bila ibu pesan " dan ibu harap bila ibu mati nanti, ada jugak yang tolong mandikan mayat ibu, kafankan mayat ibu, sembahyangkan mayat ibu, masukkan mayat ibu dalam liang lahad, dan bacakan yasin buat ibu.. sebab ibu tak banyak amalan, jadi doa anak-anak soleh itu lah yang mengiring ibu melangkah ke syurga Allah.." sungguh, ayat ibu buat kami menangis..

     jadi, di mana ibu kita sekarang?carilah, pohonlah keampunan dan ciumlah ibu kita kerana dengan menciumnya, gugurlah satu persatu dosa kita.. ya.. kita masih bergantung harap pada ibu.. jangan sampai ibu dah takda, baru kita nak tanya "mana ibu?" sampai bila kita akan jadi begini..sungguh ibu lah satu-satunya kasih sayang abadi kita.. kasih ibu dibawa ke syurga kasih ayah buat selamanya.. selamat malam ^_^ assalamaualaikum wbt

No comments:

Post a Comment